PERHATIAN nampaknya terus terarah kepada Raja Charles III yang telah dinobatkan sebagai pemerintah Britain aharu di susulan kemangkatan ibundanya, Ratu Elizabeth II pada 8 September lalu.
Di sebalik ribuan orang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Ratu Elizabeth II, kesempatan itu juga digunakan oleh segelintir individu untuk 'meluahkan perasaan' terhadap peningkatan kos sara hidup di Britain.
Situasi tersebut berlaku pada Jumaat apabila Putera Charles, 73, seperti dicemuh oleh seorang individu yang tidak dikenali ketika mengadakan pertemuan dengan orang awam di Cardiff, United Kingdom (UK).
Menerusi satu rakaman video yang dikongsi Sky News, putera tertua kepada mendiang Ratu Elizabeth II itu dilihat berjalan ke arah orang ramai yang menunggu untuk berjabat tangan dengan baginda.
Bagaimanapun, seorang lelaki kedengaran bertanya kepada raja itu mengenai kenaikan kos tenaga dan harga yang dibayar oleh pembayar cukai British kepada keluarga diraja.
"Ketika kami bergelut untuk memanaskan rumah kami, kami perlu memberi penghormatan. Pembayar cukai membayar 100 juta Pound (RM517.704 juta) untuk anda, untuk apa?" kata pemuda itu.
BACA: Beckham beratur lebih 13 jam beri penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II
Begitupun, tidak kedengaran dengan jelas respons yang diberikan oleh Raja Charles terhadap kenyataan lelaki itu.
Baginda dilihat terus bergerak dan berjabat tangan dengan orang awam yang berada di lokasi.
Memetik media antarabangsa pada musim sejuk lalu, isi rumah membayar sekitar 1,277 Pound setahun untuk caj tenaga, manakala pada musim sejuk ini ia dijangka meningkat kepada 1,971 Pound.
Kerajaan Britain sebelum ini mengumumkan pakej sokongan kos sara hidup dengan isi rumah bakal mendapat potongan lebih 60 Pound (RM325) dalam bil tenaga setiap bulan sepanjang musim sejuk.
Istiadat pengebumian Ratu Elizabeth II dijadual berlangsung pada 19 September ini.
Astro Awani
Sat Sep 17 2022
Seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati terhadap peningkatan kos sara hidup kepada Raja Charles III yang hadir berjabat tangan dengan orang awam - Foto/Video Sky News
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Kos pemakaman Ratu Elizabeth II cecah RM911 juta
Keutamaan kerajaan UK ialah memastikan "acara-acara berkenaan berjalan lancar dan dengan penuh penghormatan."
Agong, Permaisuri selamat tiba dari UK
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan anakanda baginda tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 11.30 pagi tadi.
Perjalanan terakhir Ratu Elizabeth II
Perarakan pemakaman Ratu Elizabeth II yang bermula pada kira-kira jam 10.30 pagi Isnin (waktu tempatan) berjalan dengan penuh adat istiadat.
Putera Harry tampil berseragam tentera beri penghormatan
Kedua-dua putera raja itu berpakaian seragam tentera dan berdiri berdekatan keranda mendiang Ratu Elizabeth II selama 15 minit.
Raja Charles 'dicemuh' ketika berjabat tangan dengan orang awam
Segelintir individu untuk 'meluahkan perasaan' terhadap peningkatan kos sara hidup di Britain.
Ratu Elizabeth II mangkat: N. Sembilan kibar bendera separuh tiang Isnin ini
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan supaya bendera negeri dikibarkan separuh tiang pada Isnin ini.