Raja Salman undang 1,000 jemaah waris korban Palestin tunaikan haji

Agensi
Julai 10, 2019 11:35 MYT
Para jemaah undangan itu merupakan sebahagian daripada tetamu khas haji dan umrah oleh Raja Salman, yang merupakan waris penjaga dua masjid suci itu. - Reuters
Raja Salman Abdul Aziz telah menitahkan supaya Arab Saudi bersedia menyambut 1,000 jemaah haji undangan yang merupakan waris kepada mereka yang telah terkorban di Palestin.
Kesemua jemaah itu dijadualkan tiba di Tanah Suci pada bulan depan, lapor portal berita Arab News.
Para jemaah undangan itu merupakan sebahagian daripada tetamu khas haji dan umrah oleh Raja Salman, yang merupakan waris penjaga dua masjid suci itu.
Menteri Hal Ehwal, Dakwah dan Bimbingan Islam Arab Saudi, Sheikh Abdullatif Al-Asheikh turut menzahirkan rasa berterima kasih atas kerendahan hati Raja Salman terhadap Palestin dan saudara seagama, lapor Saudi Press Agency (SPA).
Menurut Sheikh Abdullatif, kementeriannya akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam melaksanakan titah Raja Salman dengan melancarkan utusan perjalanan jemaah tersebut menerusi kedutaan di Mesir dan Jordan.
Kementerian itu juga akan menguruskan semua prosedur kemasukan ke Arab Saudi menggunakan pesawat persendirian, selain menawarkan bantuan kepada jemaah sepanjang menjalankan ibadah Rukun Islam kelima itu.
#arab audi #ibadah haji #jemaah haji #Palestin #raja salman abdul aziz #Tanah Suci #waris syahid