SAMUT SAKHON:Kumpulan penyelidik Thailand telah menemui rangka fosil paus Bryde yang dipercayai berusia sekitar 5,000 tahun di kawasan daratan di barat Bangkok, lapor Reuters.
Rangka sepanjang 12.5 meter itu dijumpai pada awal November lalu oleh seorang penunggang basikal, yang terlihat sebahagian daripada tulang belakangnya terkeluar dari permukaan tanah. Sejak itu kerja-kerja ekskavasi bermula.
"Rangka paus ini dipercayai satu-satunya yang dijumpai di Asia. Sangat jarang untuk menemukan rangka seumpamanya dalam keadaan yang hampir sempurna. Kami sudahpun menemui tulang bahu dan sirip,” ujar pakar geologi di bahagian Perlindungan Fosil, Jabatan Sumber Mineral, Pannipa Saetian.
Tambahnya, kira-kira 36 kepingan tulang belakang telah berjaya dikeluarkan, dan semuanya perlu menjalani proses pemeriksaan karbon untuk menentukan usia sebenar rangka paus itu.
Sejurus proses pembersihan dan pemuliharaan teliti dibuat, ia bakal dipamerkan kepada orang ramai.
Para saintis berharap rangka itu dapat memberikan lebih banyak maklumat dalam usaha penyelidikan populasi paus Bryde yang masih wujud hari ini, sekali gus menjawab persoalan tentang aspek geologi.
Paus Bryde, atau adakalanya dikenali dengan paus tropika kerana ia lebih suka pada kawasan yang lebih hangat, ditemui di sebahagian perairan Lautan Hindi, Pasifik dan Atlantik, termasuk Teluk Siam.
Agensi
Mon Dec 07 2020
Sejurus proses pembersihan dan pemuliharaan teliti dibuat, ia bakal dipamerkan kepada orang ramai. - Reuters
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Kehadiran paus petunjuk ekosistem marin Malaysia sihat - Penyelidik
Paus itu berdepan beberapa risiko ancaman dari aspek persekitaran lautan Malaysia iaitu berkemungkinan 'tersangkut' di kawasan cetek.
Hari Paus Sedunia: Kelangsungan hidup mamalia laut terancam perlu diberi perhatian
Jabatan Perikanan Malaysia meminta kolaboratif semua pihak bagi memastikan populasi mamalia laut tersebut tidak terancam.
AWANI-RareTV: Menjejak paus, mengail kod Atlantik di Laut Greenland
Bot yang dinaiki kru RareTV menyusur 'fjord' sempit menuju arah Laut Greenland bagi mencari kelibat mamalia terbesar itu.
Lebih 40 paus mati terdampar di pantai Madura, hanya tiga dapat diselamatkan
Ada anak-anak paus yang kembali mencari ibu masing-masing, meskipun paus-paus induk itu sudah mati.
Rangka fosil paus berusia 5,000 tahun ditemui di Bangkok
Sejurus proses pembersihan dan pemuliharaan teliti dibuat, ia bakal dipamerkan kepada orang ramai.
Puluhan lagi paus terdampar, kali ini di New Zealand
Renjer dan sukarelawan New Zealand berusaha menyelamatkan kira 25 ekor paus yang terdampar di sebuah pantai di utara negara itu.
Puluhan paus mati terdampar di pantai Iceland
Puluhan ikan paus ditemui mati dalam keadaan terdampar di sepanjang pantai terpencil di Iceland.
Selepas pengharaman memburu ditarik balik, inilah paus pertama yang ditangkap nelayan Jepun
Langkah menarik balik larangan itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak di peringkat antarabangsa, selain khuatir pada nasib spesies paus.
Misteri kematian paus dan lumba-lumba di Kuala Sala terungkai
Dua spesies mamalia yang ditemui mati di perairan Kuala Sala tiga hari lepas oleh nelayan pantai itu adalah berkaitan dengan masalah penafasan.
40kg sampah dalam perut ikan paus ditemui
Penemuan ini dianggapkan sebagai penemuan paling buruk dalam sejarah kajian biomarin yang meningkatkan lagi kemarahan kumpulan aktivis alam sekitar.