Beribu mengadakan bantahan di Tebing Barat ekoran kematian dua penunjuk perasaan selepas bertempur dengan pihak berkuasa Zionis.

Kemarahan memuncak selepas mereka menghadiri majlis pengkebumian mangsa yang terkorban dekat Al Khalili.

Pertempuran dilaporkan berlaku di beberapa kawasan utama di Tebing Barat.

Bagi menyurai dan mengawal keadaan, tentera Israel dikatakan melepaskan gas pemedih mata.

Mengulas mengenai kematian yang berlaku, Presiden Mahmud Abbas menyelar tindakan tentera regim yang bertindak ganas ke atas tunjuk perasaan yang dibuat secara aman.

Ketegangan semakin meruncing selepas pejuang dari Gaza dikatakan turut melancarkan serangan roket ke atas wilayah yang diduduki Israel.

Kemarahan penduduk Palestin membuak selepas Maysara Abu Hamidiyeh, 60, meninggal dunia akibat kanser kerongkong sewaktu ditahan di dalam penjara Israel.

Mereka menyalahkan regim Yahudi di atas kematiannya kerana tidak menyediakan rawatan sepatutnya.

Maysara, sebelum ini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana dikatakan terbabit dengan komplot untuk mengebom sebuah kafe dekat Baitulmqadis.