KUALA LUMPUR : Jutawan hartanah Amerika Syarikat, Robert Durst dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti COVID-19, beberapa hari selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadapnya.
Durst, 78 tahun dikenakan hukuman itu selepas didapati bersalah membunuh rakan baiknya, Susan Berman pada tahun 2000.
Menurut laporan portal BBC News, Durst berbuat demikian kerana ingin menutup mulut Susan dari mendedahkan misteri kehilangan isterinya, Kathleen McCormack yang hilang pada 1982.
"Durst mempunyai beberapa masalah kesihatan dan bergantung kepada bantuan oksigen.
"Dia kelihatan teruk dari sebelum ini," kata peguam Durst, Dick DeGuerin kepada media Los Angeles Times.
Bagaimanapun, tidak dipastikan di mana Durst menerima rawatan.
Hakim menyifatkan Durst sebagai seorang penjenayah yang mempunyai gangguan mental, 'narcissistic psychopath'.
Hukuman Durst yang diklasifikasikan sebagai pembunuhan kelas pertama dinafikan daripada parole atau pembebasan bersyarat.
Sebelum ini, isteri Durst, yang merupakan seorang pelajar perubatan dilaporkan hilang pada 1982 dan berkemungkinan telahpun meninggal dunia.
Khabar angin mengaitkan Durst dengan kehilangan isterinya. Bagaimanapun Durst tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan berkenaan insiden itu.
Pihak pendakwa dalam perbicaraan mereka turut menyebut bahawa Durst sebenarnya telah membunuh tiga individu yang mana mangsa ketiga adalah jirannya, Morris Black.
Dalam beberapa siri siasatan, Black sebelum ini mendakwa berjaya membongkarkan kegiatan sebenar Durst yang ketika itu bersembunyi di Texas dan berpura-pura menjadi wanita bisu.
Durst dalam pembelaannya berkata terpaksa membunuh Black atas alasan mempertahankan dirinya ketika pergelutan, selain bertindak memotong badan Black.
Sebuah siri dokumentari 'The Jinx' yang disiarkan di HBO diinspirasikan daripada kejadian ini.
Agensi
Sun Oct 17 2021
Robert Durst, jutawan berusia 78 tahun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Los Angeles setelah didapati bersalah kerana membunuh rakan baiknya, Susan Berman pada tahun 2000. - Gambar REUTERS
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Robert Durst, jutawan 'pembunuh' dimasukkan ke hospital akibat COVID-19
Dia dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadapnya kerana membunuh.