"Ayah dan ibu saya dibunuh, tolong saya."
Walaupun menggunakan bahasa berbeza, seorang peniaga warga Thailand yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, 40-an, mampu memahami isyarat yang ditunjukkan seorang lelaki berbangsa Rohingya yang datang ke kedai runcitnya di Wang Kelian kira-kira setahun lepas.
Sharifah berkata lelaki berusia lewat 20-an yang dipercayai salah seorang mangsa pemerdagangan manusia itu turun dari kawasan bukit di belakang kedainya dengan keadaan tidak terurus, berpakaian lusuh dan compang-camping sambil menunjukkan isyarat 'tangan memotong leher' dan menyebut apa yang didengarinya seperti 'Ma' dan 'Pa'.
"Kedai saya masa itu di sempadan sebelah Malaysia di Wang Kelian, dekat dengan kawasan bukit itu (tempat kubur pelarian ditemui).
"Dia datang waktu itu hanya nak minta tempat untuk solat. Selepas itu saya tak tahu mana dia pergi," kata Sharifah kepada Bernama ketika ditemui di Wang Pratchan, Thailand, di sempadan Malaysia-Thailand hari ini.
Sharifah yang fasih berbahasa Melayu berkata, itu bukan kali pertama warga Rohingya dilihat di kawasan perniagaan berkenaan.
"Sebelum Ramadan tahun lepas, mereka turun dari bukit bertentangan dengan bukit yang mana kubur-kubur pelarian ini dijumpai. Mereka turun ketika itu mencari daun pisang, katanya untuk dibuat makanan," katanya.
Malah, dalam keadaan teragak-agak, Sharifah berkata kira-kira sebulan lepas sebuah keluarga lima beranak yang juga berbangsa Rohingya ditemui di sebuah masjid di kampung tempat tinggalnya di Thailand, kira-kira 20 kilometer daripada sempadan.
Ditanya kenapa beliau agak gentar memberikan maklumat itu, beliau menyatakan kerisauan sekiranya maklumat berkenaan akan menimbulkan masalah kepada keluarga berkenaan atau beliau sendiri.
"Saya tak tahu apa akan jadi, risau...nak bagitahu risau, nak bantu mereka juga risau sebab kita tahu apa dah berlaku kepada keluarga lelaki Rohingya yang saya bertemu tahun lepas. Mereka ini juga orang Islam, macam adik-beradik kita sendiri," katanya.
Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur dan 28 kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
Sementara itu, seorang lagi peniaga warga Thailand yang hanya mahu dikenali sebagai Murad, 55 tahun, turut berkongsi sentimen serupa.
Beliau yang berniaga di kawasan sama seperti Sharifah sejak 20 tahun lepas berkata mereka sendiri tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku melibatkan pendatang Rohingya yang seringkali muncul di kawasan berkenaan.
"Kita boleh agak ada sesuatu yang tidak kena, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Kami majoriti peniaga di sini tidak dapat menafikan simpati dengan apa perlu diharungi mereka di dalam hutan itu.
"Terpaksa mengharungi bukit curam tanpa makanan dan minuman bersih untuk berbulan-bulan," katanya.
Murad menambah, berdasarkan apa yang didengar, kebanyakan etnik Rohingya itu sebenarnya ditipu ejen pekerjaan.
Beliau mendakwa, mereka yang berada di kawasan sempadan Thailand-Malaysia di Wang Prachan dan Wang Kelian itu dibawa masuk melalui Laut Andaman kira-kira 47km dari Wang Pratchan dan Wang Kelian, di sini.
"Itu yang paling dekat dengan sempadan Thailand-Malaysia, selepas merentasi Kawthaung (Myanmar) ke Ranong (Thailand)-Phuket-Phang Nga-Krabi-Trang-Satun," katanya.
Beliau juga memberitahu, bot yang membawa mangsa sindiket pemerdagangan manusia sering memantau keadaan laut dan bulan November sehingga Mei biasanya dipilih kerana laut tenang.
"Sesampai di pinggir laut Satun, mangsa sindiket ini akan dibawa masuk melalui laluan hutan bagi melepasi pemeriksaaan kastam.
"Perjalanan bermula di Wang Park (hutan Thailand) seterusnya ke Wang Prachan dan Wang Kelian yang panjangnya kira-kira 40km. Rasanya mereka terpaksa menghabiskan masa tiga bulan dalam hutan," kata Murad.
Bernama
Sat May 30 2015
Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur dan 28 kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian. - Gambar Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
Kawasan penemuan kem, kubur di Wang Kelian pada 2015 sentiasa dipantau - Polis
Pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan 69 Komando melakukan rondaan berjalan kaki berterusan secara berkala di kawasan itu untuk memastikan tiada lagi aktiviti kemasukan pendatang tanpa izin.
Hospital di Gaza jadi 'kubur besar'
Seramai 179 pesakit yang meninggal dunia terpaksa dikebumikan di dalam 'kubur besar' di kompleks Hospital al-Shifa, Gaza.
Sekurang-kurangnya 13 kubur besar dijumpai di Sudan - PBB
Sekurang-kurangnya 13 kubur besar ditemui berhampiran bandar El Geneina di Sudan.
Sepanyol gali jasad mangsa perang saudara, pemerintahan diktator
Jasad mangsa dari Perang Saudara Sepanyol dan pemerintahan diktator Francisco Franco sedang digali dari kubur besar di Sepanyol, kata kerajaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kes kubur besar di Wang Kelian: 3 rakyat Thailand dikehendaki polis Malaysia ditahan
Tiga rakyat Thailand yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia berhubung kes pemerdagangan orang dan penemuan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015 telah ditahan baru-baru ini.
Isu berkaitan sempadan negara semakin parah, perlu ditangani dengan tuntas
Kelemahan pengurusan sempadan yang berlaku sekian lamanya telah menjadi isu yang akhirnya bukan sahaja menyebabkan kehilangan pendapatan kepada negara, malah juga mengakibatkan kehilangan nyawa.
Angka kematian meningkat, pihak berkuasa Brazil gali kubur besar
Angka kematian menunjukkan peningkatan hampir 100 kematian sehari berbanding 30 pengebumian sebelum ini.
COVID-19: Kubur besar digali tampung anggaran 24 mayat sehari
Menurut pihak berkuasa, kawasan ini sahaja menerima peningkatan lima kali ganda operasi pengebumian berbanding tempoh biasa.
RCI Wang Kelian: Hanya gulungan kawat besi halangan memasuki Malaysia dari Thailand - Saksi
Saksi sesi Pendengaran Awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian Perlis menjelaskan hanya kawat besi menjadi penghalangnya.