CHICAGO: Mereka yang pernah menonton filem Home Alone pastinya terbayang suasana rumah tersebut yang menjadi ikon latar belakang filem tersebut.
Tetapi bagaimana pula dengan suasana sebenar rumah tersebut? Adakah ia sama seperti yang digambarkan dalam filem itu?
Ini berita baik kepada mereka yang menyimpan impian zaman kanak-kanak untuk bermalam di rumah ikonik itu. Airbnb kini menawarkan pakej 'percutian' hanya satu malam dengan tempahan serendah AS$25 (RM106), bermula 7 Disember ini.
Bagaimanapun, penghuni dihadkan kepada empat orang sahaja, memetik laporan BBC.
Mereka yang berjaya menempah bakal bermalam di rumah yang terletak di Chicago pada 12 Disember ini.
Lebih menarik lagi, tetamu akan disambut oleh Devin Ratray yang membawa watak abang
Kevin McCallister dalam filem berkenaan.
Namun demikian alamat penuh rumah 'misteri' itu tidak akan didedahkan sehingga tempahan berjaya dibuat.
Sementara itu Guardian yang memetik kenyataan Airbnb melaporkan, percutian itu bakal menjadi 'hadiah' Krismas kepada mereka yang berjaya membuat tempahan.
Airbnb turut menasihati 'penghuni' rumah berkenaan untuk mematuhi semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan.
Agensi
Fri Dec 03 2021
Mereka yang berjaya menempah bakal bermalam di rumah yang terletak di Chicago pada 12 Disember ini. - Gambar/ Twitter /@getFANDOM
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Rumah filem 'Home Alone' kini boleh ditempah bermula RM106 semalam
Airbnb menawarkan pakej 'percutian' satu malam dengan tempahan serendah AS$25 (RM106), bermula 7 Disember ini.
Watak utama 'Home Alone', Macaulay Culkin jadi pemandu Uber
Ingat lagikah kita dengan watak kanak-kanak lelaki comel dalam filem hiburan keluarga Home Alone, Macaulay Culkin?