Rundingan nuklear, AS ambil pendekatan tunggu dan lihat

Astro Awani
Oktober 27, 2021 23:44 MYT
Menurut Psaki, White House kekal komited meneruskan laluan diplomatik ini. - Foto AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat mahu ambil pendekatan tunggu dan lihat kesediaan Iran meneruskan rundingan nuklear.
Menurut Setiausaha Akhbar, Jen Psaki, White House juga menyerahkan kepada rakan strategik Eropah mereka untuk menentukan langkah seterusnya.
"Mereka (Iran) mengeluarkan kenyataan sama sejak beberapa minggu lepas. Kami kekal komited meneruskan laluan diplomatik ini.
"Saya akan menyerahkan kepada rakan strategik kami mengenai tempoh rundingan seterusnya," katanya.
Ketua Perunding Iran sebelum ini mendedahkan Republik itu setuju memulakan semula rundingan pada penghujung November.
Tarikh pertemuan akan diumumkan minggu depan.
#Iran #nuklear #Amerika Syarikat #rundingan