Rusa tersesat di kolam beku diselamatkan

Agensi
Disember 13, 2017 02:56 MYT
Disebabkan permukaan yang licin berais itu,rusa berkenaan gagal untuk bergerak keluar. - Foto Reuters
Secara tradisi mitosnya ketika menyambut perayaan Krismas, Santa Claus akan menaiki kereta yang ditarik oleh sejumlah rusa untuk mengagih-agihkan hadiah kepada kanak-kanak.
Namun di Oregon, Amerika Syarikat semalam, keadaan itu bertukar apabila seorang lelaki terpaksa menggunakan peluncur ais untuk menyelamatkan seeokor rusa yang gagal menyelamatkan diri untuk keluar dari sebuah kolam yang beku selepas dipercayai tersesat.
Kejadian itu berlaku di sebuah kolam padang golf Sunriver yang beku pada Jumaat.
Disebabkan permukaan yang licin berais itu,rusa berkenaan gagal untuk bergerak keluar.
Menyedari masalah yang dialami seorang lelaki terpaksa menggunakan peluncur ais untuk menolak rusa berkenaan ke tepi.
Rusa tersebut selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
#Amerika Syarikat #golf #Kanak-kanak #kereta #lelaki