UNIT tentera di selatan dan barat Rusia kini dikerah kembali semula ke pangkalan selepas menjalani latihan ketenteraan.
Perkara itu dimaklumkan jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Mejar Jeneral Igor Konashenkov dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Kementerian itu turut memuat naik video aset ketenteraan seperti kereta kebal dan AMPV bersiap-siaga untuk pulang ke pangkalan masing-masing.
Bagaimanapun, beliau berkata beberapa siri latihan ketenteraan lain akan diteruskan.
Tentera dan peralatan ketenteraan meninggalkan sempadan selatan yang bersempadan dengan Ukraine di tengah-tengah ketegangan yang dilaporkan semakin meruncing di rantau itu.
Terdahulu, Washington, London, dan Kiev mendakwa bahawa Rusia merancang "pencerobohan" ke atas Ukraine.
Rusia membidas dakwaan itu dengan menegaskan bahawa keseluruhan naratif "pencerobohan" itu palsu semata-mata.
Moscow dengan tegas menyatakan ia hanyalah alasan untuk Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengerahkan lebih banyak tentera dan peralatan ketenteraan dekat dengan sempadan Rusia.
Semalam, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, menggesa semua rakyat Malaysia yang berada di Ukraine dan belum berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kiev supaya segera menghubungi dan mendaftar di pejabat konsular itu di sana.
Agensi
Tue Feb 15 2022
Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Mejar Jeneral Igor Konashenkov berkata unit tentera di selatan dan barat Rusia kini kembali semula ke pangkalan selepas menjalani latihan ketenteraan. - fotoREUTERS
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Turkiye tidak luluskan kerjasama dengan Israel dalam NATO - Erdogan
Cubaan untuk bekerjasama dengan Israel dalam NATO adalah tidak boleh diterima, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sweden sah diterima NATO
Bendera biru dan kuning emas Sweden dijangka dinaikkan pada Isnin di ibu pejabat Perikatan Perjanjian Atlantik Utara di Brussels, Belgium.
Sidang kemuncak NATO berlangsung di Vilnius, Lithuania
Ia akan mengambil langkah penting dengan menerima pakai tiga rancangan pertahanan serantau baharu bagi menentang dua ancaman utama kepada NATO - Rusia dan keganasan.
Finland rasmi sertai NATO pada Selasa
Blok itu menantikan "minggu bersejarah" sambil menyatakan bahawa Finland akan menjadi "anggota penuh perikatan mulai esok."
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemimpin Turkiye, NATO, Sweden, Finland adakan sidang kemuncak di Madrid
Pemimpin Turkiye, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Sweden dan Finland akan mengadakan sidang kemuncak di Madrid minggu ini sebagai sebahagian daripada sidang kemuncak NATO.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Mei 2022.
Sweden, Finland serah permohonan sertai NATO
Sweden dan Finland akan bersama-sama mengemukakan permohonan menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Rabu.
NATO alu-alukan penyertaan Finland, Sweden
Ketua NATO Jens Stoltenberg pada Khamis berkata organisasi ketenteraan itu mengalu-alukan penyertaan Finland dan Sweden "dengan tangan terbuka".
Krisis Rusia-Ukraine: Moscow larang kemasukan Boris Johnson, pegawai tertinggi UK
Ia sebagai tindak balas terhadap maklumat dan kempen politik London yang tidak terkawal dalam mengasingkan Rusia di peringkat antarabangsa.