Rusia cabuli undang-undang antarabangsa

Bernama
Oktober 1, 2022 15:44 MYT
Vladimir Putin pada Jumaat mengumumkan penggabungan paksa empat wilayah Ukraine susulan referendum yang diadakan di setiap wilayah itu yang tidak diiktiraf Ukraine dan negara-negara Barat. - Gambar/ AP
SINGAPURA: Keputusan Rusia secara rasmi mengisytiharkan penggabungan paksa empat wilayah Ukraine - Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia, dan Kherson mencabuli undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Kementerian Luar Singapura.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu, jurucakap kementerian itu berkata "kedaulatan, kebebasan politik dan integriti wilayah semua negara mesti dihormati."
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Jumaat mengumumkan penggabungan paksa empat wilayah Ukraine susulan referendum yang diadakan di setiap wilayah itu yang tidak diiktiraf Ukraine dan negara-negara Barat.
#krisis Rusia-Ukraine #penggabungan paksa #PBB #Singapura