Rusia lapor kes pertama varian Omicron

Bernama
Disember 6, 2021 12:40 MYT
Rusia pada Isnin melaporkan dua kes pertama varian Omicron membabitkan dua individu yang tiba dari Afrika Selatan minggu lepas. - Gambar fail/ETX Studio
MOSCOW: Rusia pada Isnin melaporkan dua kes pertama varian Omicron membabitkan dua individu yang tiba dari Afrika Selatan minggu lepas, lapor Agensi Anadolu.
Sepuluh lagi individu yang diuji positif COVID-19 masih menunggu keputusan lanjut hasil saringan mereka, memetik kenyataan Rospotrebnadzor.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 26 Nov mengisytiharkan Omicron sebagai varian yang membimbangkan.
-- BERNAMA
#Rusia #COVID-19 #varian omicron #Afrika Selatan