MOSCOW: Presiden Rusia menandatangani dekri yang membolehkan 137,000 anggota perkhidmatan ditambah untuk angkatan tentera negara itu dalam beberapa bulan akan datang.

Pada masa ini, Rusia mempunyai had hanya lebih sejuta anggota tentera dan hampir 900,000 kakitangan awam.

Dekri Vladimir Putin itu dibuat ketika pengambilan di seluruh negara dianjur dengan insentif tunai lumayan ditawarkan.

Pegawai Barat mendakwa sekitar 80,000 anggota tentera terbunuh atau cedera sejak Rusia menyerang Ukraine enam bulan lalu.

Dekri yang diterbitkan oleh Pejabat Presiden Rusia itu menetapkan angka Angkatan Tentera Persekutuan Rusia pada 2.039 juta termasuk 1.15 anggota tentera.

Dekri itu meminta kerajaan menyediakan dana daripada belanjawan persekutuan untuk tujuan berkenaan dan ia akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.