NEW YORK/ANKARA: Rusia dan Ukraine pada Rabu membuat pertukaran 200 tahanan perang menerusi perantaraan Turkiye dan usaha diplomatik dengan pemimpin kedua-dua negara, umum Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
Erdogan memberitahu pemberita di New York bahawa pertukaran tahanan di bawah perantaraan Turkiye adalah "langkah penting" ke arah menamatkan perang antara kedua-dua negara, lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata usaha mewujudkan keamanan antara Rusia dan Ukraine diteruskan.
Presiden juga menyatakan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, sambil menambah: "Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan saya yang menyumbang kepada proses ini."
Jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalin memuji pertukaran itu di Twitter dan menyebut ia merupakan antara pencapaian terpenting diplomasi keamanan yang dijalankan oleh Turkiye.
"Turkiye sentiasa mengutamakan keamanan," tulisnya.
Sebelum ini, Erdogan memberitahu Putin dan Zelenskyy bahawa "tidak ada pemenang dalam peperangan yang berakhir dengan kematian orang."
Presiden berkata bahawa Turkiye mengikuti perkembangan Rusia dan Ukraine secara seimbang sejak perang bermula pada Februari dan lebih suka mendengar pandangan kedua-dua presiden di meja rundingan di Turkiye.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
Erdogan berkata, pertukaran tahanan di bawah perantaraan Turkiye adalah langkah penting ke arah menamatkan perang antara kedua-dua negara. - AP
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Hamas alu-alukan resolusi Majlis Keselamatan
Hamas turut menyatakan kesediaan untuk terlibat dalam pertukaran segera tahanan dengan Israel.
AS laksana pertukaran tahanan dengan Venezuela
Washington membebaskan Alex Saab, sekutu rapat Presiden Venezuela Nicolas Maduro di bawah perjanjian pertukaran tahanan sebagai balasan kepada pembebasan 10 warga Amerika yang ditahan di Venezuela.
Iran lepaskan 5 rakyat AS dalam perjanjian pertukaran tahanan
Sebagai balasan pembebasan itu, AS akan menyahbeku aset Iran bernilai AS$6 bilion di Korea Selatan.
Rusia, Ukraine buat pertukaran 200 tahanan perang
Kyiv telah mendapatkan semula 95 askar yang ditawan oleh Rusia dalam pertempuran di bandar Bakhmut dan Mariupol.
Kyiv: Rusia bebaskan 130 tahanan Ukraine sempena Easter
Seramai 130 askar Ukraine telah dibebaskan daripada tahanan Rusia pada perayaan Orthodox Easter, menurut sumber Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Rusia, Ukraine buat pertukaran 200 tahanan menerusi inisiatif Turkiye - Erdogan
Erdogan berkata, pertukaran tahanan di bawah perantaraan Turkiye adalah langkah penting ke arah menamatkan perang antara kedua-dua negara.
Rusia sedia bincang pertukaran tahanan dengan AS - Lavrov
Terdapat satu saluran khas yang dipersetujui oleh Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden AS Joe Biden dan masih relevan.