Saham Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat

Astro Awani
Mei 8, 2020 23:36 MYT
Sentimen pelabur pulih disaksikan menerusi harga minyak yang meningkat dan permintaan untuk bon yang menurun. - REUTERS
SAHAM di pasaran Wall Street ditutup tinggi biarpun selepas kadar pengangguran di Amerika Syarikat (AS) dicatatkan pada paras tertinggi sejak 1940.
Ia turut terkesan dengan pelabur menjangka situasi terburuk ekonomi akibat penularan COVID-19 akan hampir reda.
Dalam angka terkini kadar pengangguran pada April, AS menyaksikan 20.5 juta orang hilang pekerjaan.
Namun, angka itu adalah sedikit rendah daripada yang diunjurkan sebelum ini.
Ini susulan perniagaan yang ditutup dan juga larangan pengembaraan serta perjalanan.
Dalam masa yang sama, sentimen pelabur pulih disaksikan menerusi harga minyak yang meningkat dan permintaan untuk bon yang menurun.
#Amerika Syarikat #AS #COVID-19 #ekonomi #hilang #minyak #pekerjaan #pengangguran #saham #Wall Street