SEKUMPULAN saintis Australia mendakwa mereka menemui satu objek berputar di galaksi Bima Sakti, yang tidak pernah dilihat atau direkodkan sebelum ini.
Objek berkenaan, yang kali pertama dikesan oleh seorang penuntut universiti, dilihat membebaskan tenaga radio selama seminit penuh setiap 18 minit, lapor BBC.
Objek yang melepaskan tenaga dalam sistem cakerawala sering didokumentasi, namun penyelidik berkata, sesuatu yang aktif selama seminit jarang terjadi.
Pasukan itu sedang berusaha mendapatkan lebih penjelasan mengenainya.
Perkara itu kali pertama diketahui penuntut Curtin University, Tyrone O'Doherty di sebuah wilayah terpencil di Australia Barat, yang dikenali sebagai Murchison Widefield Array. Dia menggunakan teleskop dan teknologi sokongan yang baru dibangunkannya.
O'Doherty merupakan sebahagian daripada pasukan yang diketuai pakar astrofizik, Natasha Hurley-Walker, dari cabang universiti berkenaan iaitu Pusat Penyelidikan Astronomi Radio Antarabangsa (ICRAR).
"Objek itu muncul dan hilang selama beberapa jam sepanjang pemantauan. Ia sama sekali tidak diduga. Ia agak menyeramkan bagi seorang ahli astronomi kerana tiada yang seumpamanya di angkasa,” ujarnya melalui satu kenyataan.
Objek yang muncul kemudian menghilang dalam cakerawala bukan sesuatu yang baharu bagi ahli astronomi. Ia dikenali sebagai ‘transient’.
Namun, bagi onjek yang muncul dan aktif selama seminit penuh adalah ‘aneh', menurut ahli astrofizik ICRAR-Curtin, Dr Gemma Anderson.
ICRAR menambah, setelah merujuk silang pada data yang dihimpunkan selama bertahun-tahun, pasukan itu dapat menyimpulkan bahawa objek tersebut berkedudukan 4,000 tahun cahaya dari Bumi, sangat terang dan mempunyai medan magnetik yang amat kuat.
Teori berkisar objek itu termasuklan sebuah bintang neuron atau ‘white dwarf’, iaitu istilah bagi sisa bintang yang jatuh.
Begitupun, masih banyak perkara dalam penemuan itu kekal misteri.
Agensi
Thu Jan 27 2022
Teori berkisar objek itu termasuklan sebuah bintang neuron atau white dwarf, iaitu istilah bagi sisa bintang yang jatuh. - BBC
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Ahli astronomi antarabangsa temui planet baharu 'LTT 9779b'
Penemuan itu direkodkan menerusi Transiting Exoplanet Survey Satelllite (TESS) iaitu sistem yang digunakan bagi pemerhatian ruang angkasa.
Saksikan kemunculan fenomena Supermoon terakhir tahun ini!
Orang ramai berpeluang untuk melihat fenomena bulan purnama dan dijangka akan muncul pada 7 Mei ini pada jam 7.18 petang iaitu apabila bulan mendekati cakerawala.