Saintis kaji alat semburan hidung untuk cegah COVID-19

Astro Awani
Disember 1, 2020 23:18 MYT
Kelebihan pendekatan ini ialah ia tidak memerlukan sistem imunisasi kuat untuk berjaya. -Gambar fail
PENNSYLVANIA: Beberapa saintis di University of Pennsylvania dan sebuah firma bio teknologi Regeneron sedang mengkaji pembangunan alat semburan hidung bagi mencegah jangkitan COVID-19.
Ia menggunakan kaedah inokulasi dengan memasukkan virus lemah yang bakal mewujudkan antibodi kuat yang dapat menghalang COVID-19 daripada memasuki tubuh.
Menurut saintis James Wilson, kelebihan pendekatan ini ialah ia tidak memerlukan sistem imunisasi kuat untuk berjaya.
Teknologi ini sedang diuji kepada haiwan dan Wilson percaya sekiranya berjaya, ia mampu memberi perlindungan kepada individu selama enam bulan dengan satu dos.
Wilson yang juga pakar dalam genetik terapi berkata oleh kerana SARS-CoV-2 punca penyakit COVID-19 masuk ke paru-paru melalui rongga hidung, semburan itu boleh menghalang kemasukan virus tersebut.
Saintis berharap akan menyiapkan ujian terhadap haiwan menjelang Januari sebelum mengemukakan permohonan daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) untuk mengujinya ke atas manusia.
#COVID-19 #Regeneron #University of Pennsylvania #alat semburan hidung #antibodi kuat #James Wilson #Pentadbiran Makanan dan Dadah #FDA