BEIJING: Timbalan Presiden Salvador, Felix Ulloa, berkata Salvador dan China komited untuk menjalin kerjasama, perpaduan dan persahabatan.
Dalam tempoh lima tahun lalu, pertukaran lawatan dan kerjasama kedua-dua pihak berkembang pesat.
Pada November 2018, kedua-dua negara menandatangani 13 buah perjanjian kerjasama termasuk memorandum persefahaman kerjasama pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Pada tahun berikutnya, Presiden Salvador, Nayib Armando Bukele Ortez mengadakan lawatan ke China dan kedua-dua pihak menandatangani pelbagai perjanjian rangka kerja untuk menjalankan kerjasama substantif.
Menurut Ulloa, kerjasama kedua-dua negara dalam bidang pembinaan infrastruktur berjalan lancar pada masa ini.
"Selain itu, kerjasama dalam bidang rawatan air kedua-dua pihak amat membantu perkembangan industri pelancongan Salvador.
"Salvador mempunyai pantai yang indah, namun rawatan air dan pengurusan pantai antara cabaran besar yang dihadapi negaranya.
"Berpandukan perjanjian yang tercapai, China akan membantu pembinaan kilang tawaran air di Salvador dan langkah ini pasti akan mendorong perkembangan ekonomi negaranya," katanya ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG).
Tambah Ulloa, Salvador juga bersedia menjalankan kerjasama dengan China dalam pertukaran sosiobudaya dan pendidikan, selain turut berharap untuk menghantar mahasiswa ke China bagi meneruskan pendidikan mereka.
Untuk rekod, kerajaan Salvador penggal lalu memutuskan hubungan dengan Taiwan China dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China pada tahun 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2023
Kerajaan Salvador penggal lalu memutuskan hubungan dengan Taiwan China dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China pada tahun 2018.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Salvador-China komited teruskan kerjasama, perpaduan dan persahabatan
Timbalan Presiden Salvador, Felix Ulloa, berkata Salvador dan China komited untuk menjalin kerjasama, perpaduan dan persahabatan.\