BURIRAM: Thailand mula mengedar sejuta tanaman ganja ke seluruh negara pada Jumaat, sehari selepas negara itu menghalalkan penanaman dan pemilikan ganja.

Pihak berkuasa negara itu memaklumlan, pengedaran itu diteruskan untuk tempoh enam bulan akan datang dengan misi untuk menanam minat terhadap ganja kepada awam.

Kira-kira 1,000 anak benih percuma diserahkan kepada pengunjung semasa acara perasmian selama tiga hari yang diadakan di Buriram untuk meraikan pembaharuan dasar.

Menteri Kesihatannya, Anutin Charnvirakul dalam acara tersebut berkata, pencapaian partinya dalam memperbaharui dasar penggunaan ganja menceriakan ribuan rakyat.

Thailand berharap dengan berita baik ini, ia akan membantu orang ramai meningkatkan pendapatan tidak kira kepada sektor pelancongan juga petani kecil-kecilan.

Namun terdapat kebimbangan bahawa dasar baharu itu mungkin disalahguna oleh syarikat perniagaan besar dalam mengaut keuntungan.

Pada Khamis, Thailand menjadi negara Asia pertama 'menghalalkan' penanaman ganja, dengan matlamat menjadikannya tanaman komersial yang boleh memacu industri pelancongan.

BACA: Thailand: Ganja untuk kegunaan bukan rekreasi tidak lagi jadi kesalahan jenayah


Penanaman Ganja | 1 juta ganja mula diedar di seluruh Thailand