LONDON: Sebuah sekolah terpaksa ditutup di Northampton kerana ia menjadi tempat pembiakan labah-labah pada Rabu.

Kira- kira 1,650 murid dan pelajar yang belajar di Sekolah Duston diminta supaya tidak pergi ke sekolah sehingga notis pembukaanya diberitahu kelak.

Penutupan sekolah itu dibuat menerusi e-mel kepada ibu bapa murid dan pelajar sekolah tersebut.

Sekolah untuk kanak-kanak berusia empat tahun hingga 18 tahun itu kemudian menjadi sasaran kemarahan sebahagian ibu bapa.

Ini adalah kerana sesi persekolahan baru dibuka selepas ditutup hampir 18 bulan akibat COVID-19.

Labah-labah yang dikenali sebagai 'False Widow Spider' ataupun nama saintifiknya ialah Genus Steatoda yang mempunyai bisa.

Namun, serangga itu sering juga disalah tafsir sebagai labah-labah 'Black Widow' kerana mempunyai warna gelap pada badannya.

* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.