Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dalam letupan kuat di bandar Lahore pada Isnin, lapor Reuters yang memetik kenyataan media Pakistan.

Akhbar Dawn dan Dubya TV melaporkan mangsa maut apabila ledakan kuat itu menggegarkan penganjuran protes oleh kumpulan pengilang farmaseutikal dan kimia Pakistan.

Dawn melaporkan 30 mangsa cedera dalam serangan itu.