Sekurang-kurangnya 10 maut, gerabak kereta api terbakar di selatan India

Bernama
Ogos 26, 2023 09:24 MYT
Penumpang dalam koc swasta/individu dilaporkan telah menyeludup silinder gas secara haram dan telah menyebabkan kebakaran. - Twitter Sidharth.M.P
ANKARA: Sekurang-kurangnya 10 maut dan beberapa lagi cedera akibat kebakaran gerabak kereta api yang berlaku di selatan India, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pegawai pada Sabtu.
Pihak Kereta Api Selatan India dalam satu kenyataan telah mengesahkan terdapat korban di Madurai Yard di selatan Tamil Nadu Selatan, ekoran daripada "silinder gas haram" yang mencetuskan kebakaran.
Pegawai berkata kebakaran dilaporkan berlaku dalam "koc persendirian" pada Sabtu dan anggota bomba telah berada di lokasi kejadian.
"Penumpang dalam koc swasta/individu telah menyeludup silinder gas secara haram dan telah menyebabkan kebakaran," katanya.
Syarikat itu berkata penumpang tidak dibenarkan membawa bahan mudah terbakar seperti silinder gas.
-- BERNAMA
#India #kereta api terbakar #mangsa korban #silinder gas