MANILA: Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban pada Jumaat dan ramai lagi hilang selepas hujan lebat semalaman membanjiri beberapa bandar di wilayah Maguindanao di selatan Filipina, lapor Xinhua, memetik seorang pegawai tempatan.
Memetik laporan awal, ketua pejabat pengurangan risiko dan pengurusan bencana wilayah Maguindanao Nasrullah Imam berkata 13 mati akibat lemas atau tanah runtuh dan pejabat berkenaan masih menilai keadaan.
Maguindanao ialah wilayah yang terletak di Wilayah Autonomi Bangsamoro Islam Mindanao.
Media tempatan melaporkan hujan lebat itu ada kaitan dengan ribut tropika Nalgae yang dijangka melanda Ahad ini di pulau utama Luzon.
Menurut Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina, Nalgae dijangka menjadi ribut tropika yang teruk pada Jumaat dan bertukar kepada taufan menjelang Sabtu.
Filipina adalah antara negara paling terdedah kepada bencana berrikutan lokasinya di Lingkaran Api Pasifik dan lingkaran taufan Pasifik. Pada puratanya, negara kepulauan itu dilanda 20 taufan setiap tahun dengan beberapa daripadanya teruk dan merosakkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022
Hujan lebat yang menyebabkan banjir di Maguindanao itu ada kaitan dengan ribut tropika Nalgae yang dijangka melanda Ahad ini di pulau utama Luzon. - Reuters
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Banjir: Korban meningkat kepada enam, jumlah mangsa di seluruh negara berkurang
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatat penurunan kepada 140,896 orang setakat 8 malam ini berbanding 148,024 orang pada 4 petang tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak perempuan 2 tahun korban pertama banjir Terengganu
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu kali ini dalam kejadian di Kampung Apal, Besut hari ini.
Sekurang-kurangnya 13 terkorban dalam banjir kilat di selatan Filipina
Hujan lebat itu ada kaitan dengan ribut tropika Nalgae yang dijangka melanda Ahad ini di pulau utama Luzon.
Banjir: Dua lagi mangsa lemas di Kelantan, Terengganu
Dua lagi mangsa lemas ditemui dalam kejadian banjir di Kelantan dan Terengganu, hari ini.
Remaja lelaki korban kedua banjir di Kelantan
Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun menjadi korban kedua banjir di Kelantan selepas ditemukan lemas di Kampung Talang dekat Kadok di sini pada 7.15 malam tadi.
Banjir: Maut ketika bantu jiran selamatkan diri
Allahyarham terkorban ketika membantu keluarga serta jirannya menyelamatkan diri ketika banjir menjadi semakin serius.
46 korban banjir, 54,532 mangsa masih di PPS - Ketua Polis Negara
Acryl Sani berkata, Selangor masih mencatatkan bilangan mangsa korban tertinggi, iaitu sebanyak 25 kematian.
33 korban banjir di Selangor dan Pahang
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 24 mangsa manakala sembilan lagi mangsa ditemukan di dua lokasi di Pahang.
Banjir Sri Muda: Satu lagi mayat ditemui, korban di Selangor kini 10
Dengan perkembangan ini, jumlah korban banjir di Selangor sehingga kini adalah 10 orang.