Sekurang-kurangnya 27 maut serangan gereja di Sutherland Springs Texas

Astro Awani
November 5, 2017 23:42 MYT
Sekurang-kurangnya 27 orang awam terkorban dalam serangan di sebuah gereja kecil di tenggara Texas, Amerika Syarikat. - Gambar hiasan
Sekurang-kurangnya 27 orang awam terkorban manakala puluhan yang lain cedera dalam satu siri tembakan besar yang berlaku di sebuah gereja kecil di tenggara Texas, Amerika Syarikat, menurut pihak berkuasa dan laporan media.
Siri tembakan besar itu berlaku apabila seorang lelaki bersenjata memasuki gereja baptis pertama di Sutherland Springs di Wilson County kira-kira 65 kilometer (km) timur San Antonio.
Suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian menaiki sebuah kenderaan tetapi dibunuh kira-kira 12 km dari Guadalupe County, menurut media tempatan dan Sarjan Robert Murphy, jurucakap Pejabat Sheriff Guadalupe County.
Tiada identiti suspek mahupun motif tembakan didedahkan oleh pihak berkuasa setakat ini.
Presiden AS, Donald Trump yang dalam rangka lawatan 12 hari di Asia berkata beliau memantau rapat keadaan itu dari Jepun.
"Semoga Tuhan bersama penduduk Sutherland Springs, Texas. Penguatkuasaan undang-undang dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berada di tempat kejadian," katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

May God be w/ the people of Sutherland Springs, Texas. The FBI & law enforcement are on the scene. I am monitoring the situation from Japan.

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) November 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amerika Syarikat #Asia #Donald Trump #Guadalupe county #Serangan maut #Sutherland Springs #tembakan di gereja #terkorban #Texas