Sekurang-kurangnya dua askar maut, tujuh cedera dalam runtuhan salji di Turki

Agensi
Januari 21, 2018 11:34 MYT
Runtuhan salji itu turut mengakibatkan tiga lagi askar hilang dan masih belum diketahui nasib mereka. - Gambar hiasan
Operasi ketenteraan di Bitlis, wilayah tenggara Turki dihentikan sementara apabila satu insiden runtuhan salji terjadi hingga mengorbankan sekurang-kurangnya dua askar dan mencederakan tujuh yang lain.
Perkara itu disahkan oleh sumber rasmi hospital.
Runtuhan salji itu menimpa sekumpulan askar, lapor portal berita Hurriyet, serta menambah bahawa tiga lagi askar masih hilang.
Pasukan mencari dan menyelamat kini giat menjalankan usaha mengesan mangsa.
Wilayah tenggara Turki sudah berdekad-dekad menjadi medan pertembungan antara kumpulan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan angkatan bersenjata Turki.
PKK disifatkan sebagai organisasi pengganas oleh pentadbiran Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
#Amerika Syarikat #cedera #Kesatuan Eropah #mangsa #operasi #pengganas #Runtuhan salji #Turki