PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Barack Obama sertai Facebook dengan akaun, atau Page, peribadi pada Isnin dengan memuat naik sebuah video mengenai perubahan iklim.

Laman Facebook itu menggunakan nama ‘President Obama’.

Akaun Facebook dengan nama ‘Barack Obama’ dikendalikan oleh Organizing for Action – sebuah badan yang bertanggungjawab untuk mengetengahkan agenda Obama.

Video pertama yang dimuatnaik menampilkan Obama yang sedang berjalan di sekitar taman White House dan beliau berucap tentang perubahan iklim.

Hello, Facebook! I finally got my very own page. I hope you’ll think of this as a place where we can have real...

Posted by President Obama on

"Bukan sahaja saya mahu presiden akan datang untuk berjalan-jalan seperti ini. Saya ingin memastikan bahawa rakyat Amerika dapat menikmati taman negara yang luar biasa, gunung dan lautan,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk memelihara alam sekitar demi generasi akan datang.

“Kita harus mengambil langkah-langkah yang penting untuk menangani isu perubahan iklim,” kongsi Obama.

Selain video-video terkini, Obama turut kongsi gambar perkahwinan beliau bersama isteri Michelle Obama dan juga gambar ketika mengangkat sumpah jawatan Presiden AS.

Akaun Facebook itu mempunyai 1,046,103 pengikut setakat ini.

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg merupakan antara orang yang pertama untuk memberikan komen di akaun itu.

"Selamat datang, Presiden Obama! Saya gembira anda sertai komuniti kami dan saya tidak sabar untuk melihat bagaimana anda berinteraksi bersama orang ramai di Facebook," kongsi Zuckerberg.

Sebelum ini, setelah enam tahun menjadi Presiden, Obama membuka akaun Twitter peribadi beliau dengan handle “@POTUS” pada bulan Mei.