Selepas dakwaan salah laku seks, Trump berdepan pula saman oleh kanak-kanak

Agensi
Disember 11, 2017 23:51 MYT
Melalui peguam mereka, 21 plaintif dari seluruh negara itu mendakwa Trump telah melanggar hak perlembagaan mereka untuk hidup, kebebasan dan harta benda. - Gambar fail
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini bukan sahaja berdepan dengan tuduhan salah laku seksual terhadap wanita tetapi mungkin bakal berdepan dengan tindakan saman oleh kumpulan kanak-kanak.
Mahkamah Rayuan Persekutuan mendengar hujah itu pada Isnin mengenai sama ada Trump dan pentadbirannya boleh didakwa oleh sekumpulan kanak-kanak atas dasar alam sekitar.
Peguam untuk kumpulan "anak-anak tanggungjawab kita" berhujah di Mahkamah Rayuan di San Francisco bahawa penolakan Trump mengenai perubahan iklim dan kekurangan tindakan untuk mencegah pemanasan global adalah tidak berpelembagaan.
Melalui peguam mereka, 21 plaintif dari seluruh negara itu mendakwa presiden mereka telah melanggar hak perlembagaan mereka untuk hidup, kebebasan dan harta benda.
Pentadbiran Trump dalam reaksinya meminta mahkamah membatalkan kes itu.
Mahkamah dijangka membuat keputusan sama ada kes itu boleh terus dibicarakan lewat bulan ini.
#Amerika Syarikat #Belia #Donald Trump #Kanak-kanak #mahkamah #Mahkamah Rayuan #presiden #saman #seks #wanita