KUALA LUMPUR: Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengaktifkan semula 155 tangki marmar yang mengalirkan air zamzam selain menempatkan semula 20,000 tong air zamzam mudah alih di seluruh Masjidil Haram, Mekah bermula Isnin.
Penyediaan air zamzam di masjid suci itu dimaklumkan Penolong Pengarah Urusan Teknikal dan Perkhidmatan Hal Ehwal Masjidil Haram Mohammed bin Musleh Al-Jabiri, menerusi perkongsiannya di Twitter.
Menurut jabatan itu, pada kebiasaannya lebih 20,000 tong air zamzam disediakan di Masjidil Haram bagi menampung purata penggunaan yang mencecah 1,633,030 meter padu air setiap hari.
Pertengahan bulan lepas, penyediaan semula sebanyak 600 tong dengan kapasti keseluruhan 30,000 tan air zamzam di seluruh Masjid Nabawi, Madinah sudah pun dimulakan.
Operasi penyediaan air zamzam sebelum ini dihentikan berikutan kebimbangan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan jemaah haji dan umrah di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi dan digantikan dengan penggunaan robot pintar untuk mengedarkan air zamzam tanpa membabitkan sebarang sentuhan.
Bagaimanapun, kadar peningkatan penerima vaksin dalam kalangan warga tempatan dan asing di Arab Saudi selain komitmen yang ditunjukkan pengunjung Masjidil Haram dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 membolehkan penyediaan air zamzam disambung semula.
Sementara itu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pemberian visa umrah dan permit solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi terhad kepada individu lengkap vaksin COVID-19, berkuat kuasa 10 Okt.
Bagaimanapun, individu yang disahkan diberi pengecualian mengambil vaksin dan berdaftar dengan aplikasi "Tawakkalna", dibenarkan melawat dua masjid suci berkenaan."
Mereka yang sudah membuat tempahan dan mempunyai permit untuk menunaikan umrah atau mengunjungi dua masjid suci tetapi belum lengkap divaksin hendaklah mendapatkan suntikan dos kedua dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh ditetapkan dalam permit bagi mengelak pembatalan," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Pada kebiasaannya lebih 20,000 tong air zamzam disediakan di Masjidil Haram bagi menampung purata penggunaan yang mencecah 1,633,030 meter padu air setiap hari. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Jemaah haji dilarang bawa pulang air zamzam
Peringatan tersebut diberikan supaya tidak berlaku kesulitan ketika proses pergerakan balik jemaah haji ke tanah air.
Kumpulan pertama jemaah haji dijangka tiba di Malaysia Rabu ini
Kumpulan pertama 284 jemaah Malaysia yang baru selesai menunaikan ibadah haji akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada 7.15 pagi waktu tempatan.
Tiada isu berbangkit jemaah tidak dibenar bawa pulang air zamzam - Ahmad Marzuk
Tiada isu berbangkit mengenai jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam kerana ada agensi tertentu atau Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan menguruskannya bagi pihak jemaah.
Jual air zamzam 'online': Penguatkuasaan bawah bidang kuasa KPDNHEP - Idris
Larangan oleh negara berkenaan tidak termaktub bawah perundangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Kastam patahkan cubaan seludup 3,000 liter air zamzam ke Singapura
Semakan ke atas dokumen pengikraran mendapati air zamzam tersebut tidak dikrar semasa pengeksportan dibuat.
Selepas Masjid Nabawi, air zamzam kini disediakan di Masjidil Haram
Operasi penyediaan air zamzam sebelum ini digantikan dengan penggunaan robot pintar untuk mengedarkan air tanpa sentuhan.
Amalan harian, ibadah kembali normal secara berperingkat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi turut kembali sediakan tong air Zamzam bermula Selasa.