Selepas melampias nafsu, si durjana upah kanak-kanak perempuan 20 sen

Astro Awani
Disember 14, 2017 04:01 MYT
Ketika kejadian kanak-kanak malang terbabit sedang bermain dengan sepupunya tidak jauh dari dari rumah suspek. - Gambar Hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menerima 20 sen (Rp 800) dari seorang lelaki yang didakwa meliwatnya di rumah suspek di Jagakarsa.
Menurut laporan 'The Jakarta Post', ketika kejadian kanak-kanak malang terbabit sedang bermain dengan sepupunya tidak jauh dari rumah suspek.
Suspek berusia 40 tahun tahun terbabit dikatakan telah memujuk mangsa ke rumahnya sebelum meliwat mangsa.
Suspek kemudian memberi duit syiling Rp 500, Rp 200 dan Rp 100 kepada mangsa dan memberi amaran kepada kanak-kanak malang itu agar tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian itu.
Susulan laporan yang dibuat penjaga kanak-kanak terbabit kepada pihak berkuasa Indonesia, suspek berjaya ditahan polis di Jakarta Selatan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
#Jakarta #Kanak-kanak #lelaki #liwat #mangsa #perempuan #polis