Sembilan maut dalam kejadian banjir kilat di Arizona

Agensi
Julai 17, 2017 03:49 MYT
Pihak berkuasa juga mengesahkan bahawa puluhan lagi masih hilang. - Foto REUTERS
Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh dalam kejadian banjir kilat di hutan simpan Tonto, di Arizona, Amerika Syarikat.
Pihak berkuasa juga mengesahkan bahawa puluhan lagi masih hilang.
Kejadian berlaku ketika ratusan pengunjung berada di kolam renang Cold Springs.
Ribut petir tiba-tiba melanda kawasan itu.
Dua kanak-kanak merupakan antara mangsa terkorban dalam kejadian tersebut.
Empat orang yang diselamatkan dibawa ke hospital kerana mengalami hipotermia.
#Amerika Syarikat #Arizona #banjir kilat #Cold Springs #hutan simpan tonto