Sembilan maut dalam tragedi tembakan besar-besaran kedua di Amerika Syarikat hari ini

Agensi
Ogos 4, 2019 08:33 MYT
Menurut pihak berkuasa, laporan mengenai insiden tembakan itu diterima kira-kira pukul 1:00 tengah hari waktu tempatan di luar sebuah bar di daerah Oregon, Dayton. - Foto Twitter @OregonAttorneys
Sekurang-kurangnya sembilan orang disahkan terbunuh manakala 16 yang lain cedera dalam kejadian tembakan besar-besaran di Dayton, Ohio, yang kedua dalam tempoh sehari.
Menurut pihak berkuasa, laporan mengenai insiden tembakan itu diterima kira-kira pukul 1:00 pagi waktu tempatan di luar sebuah bar di daerah Oregon, Dayton.
Polis juga mengesahkan mereka turut berjaya menembak mati suspek insiden itu di tempat kejadian.
Kesemua mangsa yang cedera kini dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Jabatan Polis Dayton menerusi sebuah muat naik Twitter memaklumkan kejadian itu dan memberitahu bahawa pihaknya telah dikerahkan ke kawasan itu untuk mengawal situasi terbabit sebaik sahaja laporan diterima.

#OregonDistrict #update Lt. Col. Carper: at 1:22am active shooter situation began in oregon district. The shooter is deceased. There are 9 others also deceased. At least 16 others went to area hospitals with injuries.

— Dayton Police Dept. (@DaytonPolice) August 4, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pihak berkuasa juga merayu kepada saksi yang berada di tempat kejadian ketika insiden itu berlaku untuk tampil membantu siasatan.

#OregonDistrict #update Anyone who saw this incident or knows anything about it please call either 937-333-COPS or a hotline 937-225-6217 to assist us with this investigation.

— Dayton Police Dept. (@DaytonPolice) August 4, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Sekurang-kurangnya 20 maut dalam insiden tembakan rambang di El Paso
Sementara itu, Penolong Ketua Polis, Chief Matt Carper berkata keadaan sudah pun terkawal dan para pegawai polis yang berada di kawasan itu berjaya mengawal insiden berkenaan.
"Pegawai kami terlatih dengan baik untuk situasi seperti ini dan kita sangat bernasib baik kerana ada anggota-anggota bertugas berdekatan kejadian,” ujarnya.
Tambah Carper, punca kejadian tembakan itu masih lagi belum diketahui dan pihaknya sedang menyiasat motif sebenar kejadian.
Difahamkan, kejadian itu berlaku hanya beberapa jam selepas kejadian tembak-menembak di El Paso, Texas yang menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh.
#Dayton #El-Paso #Jabatan Polis Dayton #mangsa #Ohio #rambang #suspek #tembakan #Twitter