Seorang maut dalam insiden tembakan di pusat beli-belah di AS

Bernama
Disember 24, 2023 05:00 MYT
Polis percaya serangan di sebuah pusat beli-belah di bandar Ocala, Florida itu telah dirancang. - Gambar AP
MOSCOW: Seorang lelaki maut manakala beberapa lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di bandar Ocala, Florida pada Sabtu, lapor Sputnik.
"Seorang lelaki ditemukan mati dan seorang wanita dibawa ke hospital untuk menerima rawatan... Kami percaya serangan itu mungkin telah dirancang," menurut Jabatan Polis Ocala di platform media sosial X.
Penyerang dipercayai telah melarikan diri, menurut polis.
-- BERNAMA
#tembakan rambang #Amerika Syarikat #Kes Tembak #Florida