Pihak berkuasa India cuba mengaitkan kejadian serangan berkembar di Hyderabad dengan rangkaian kumpulan pejuang dari Pakistan.

Para penyiasat yang menyelongkar lokasi kejadian di luar panggung dan stesyen bas cuba mencari petunjuk mengenai penyerang.

Menurut sumber tidak rasmi, ia dikaitkan dengan Indian Mujahideen yang mempunyai kaitan dengan jirannya.

Setakat ini, tiada tangkapan dibuat terhadap mana-mana pihak.

Sebelum ini, New Delhi meningkatkan tanda amaran selepas pemimpin Pemisah Kashmir, Mohammed Afzal Guru dijatuhkan hukuman gantung dua minggu lalu.

Dia dikenakan hukuman mati kerana didapati bersalah terbabit dalam serangan ke atas parlimen India yang mengorbankan 14 nyawa termasuk 5 penyerang.

Sementara Menteri Dalam Negerinya, Sushilkumar Shinde yang melawat mangsa yang cedera memaklumkan amaran kemungkinan serangan telah dikeluarkan sejak 3 hari lalu.

Bagaimanapun tiada butiran mengenai lokasi serangan diberikan.

Dua siri serangan bom yang diletakkan pada basikal dianggap paling buruk sejak 2011.

Dalam keganasan itu..15 maut manakala lebih 119 lagi cedera.