Siapa menang Presiden AS? Media sosial tak mampu kawal berita palsu dakwaan kemenangan

Agensi
November 5, 2020 09:52 MYT
Syarikat media sosial terus dikecam berkaitan cara mereka menangani berita palsu dan penyalahgunaan maklumat berkaitan pilihan raya di platform masing-masing. - Gambar fail
KETIKA Donald Trump dan sekutunya membanjiri media sosial tentang dakwaan kemenangan dan tuduhan penipuan undi, syarikat media sosial segera mengeluarkan amaran kepada pengguna bahawa pengiraan undi pilihan raya itu masih belum selesai.
Hantaran di Twitter, Facebook dan laman lain buat masa ini menjadi cabaran kepada Silicon Valley yang selama ini tegas dalam aspek perkongisan maklumat yang salah dan pengisytiharan kemenangan yang terlalu awal, lapor Reuters.
Namun masih belum jelas sama ada penafian dan semakan fakta, yang selalu digunakan selepas sesuatu hantaran sudah dikongsi puluhan ribu kali, mampu menangani informasi yang tidak berasas.
Dalam pasukan Facebook, mereka kini sedang mengemas kini peraturan dalam aplikasi mereka.
Pihak pengkritik memberitahu, dalam persekitaran yang memang dicipta untuk mempromosi perkongsian segera dan hantaran tular, konsep penafian itu tidak lagi memberi makna.
"Kita dalam situasi yang sukar. Kita sedang bereksperimen dengan demokrasi, dan Facebook buat masa ini tidak melakukan apa yang betul,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Free Press, Jessica Gonzalez.
Sepatutnya, menurut Gonzalez, maklumat yang tidak betul perlu segera dilupuskan, dan bukan sekadar dilabelkan sebagai ‘berita tidak sahih’.
Antara yang diterima oleh pengguna media sosial ketika ini adalah tentang dakwaan-dakwaan yang muncul di pelbagai platform termasuk: Trump mengumumkan menang di negeri tertentu walau pengiraan masih dijalankan, undian pos pada saat akhir muncul tanpa diketahui sumbernya, hinggalah kepada video tular menunjukkan kertas undian yang dibuang ke dalam tasik di Michigan.
BACA: Trump fail tuntutan mahkamah di Pennsylvania, Michigan dan Georgia
READ: US Election: Five things you might have missed and the latest results
READ: Timeline: Which US states are still counting votes and when will they be done?
Lebih mengelirukan, ada antara dakwaan dari platform media sosial itu yang diangkat menjadi perbincangan serius di stesen penyiaran rasmi.
Pengarah Stanford Internet Observatory, Alex Stamos, mendedahkan tentang satu isu kritikal iaitu tiada tindakan tegas dikenakan ke atas orang kenamaan yang berulang kali menipu di platform media sosial.
"Kebanyakannya adalah kelompok elit. Anda akan melihatnya secara berulang, lagi dan lagi," keluhnya,
Syarikat media sosial terus dikecam berkaitan cara mereka menangani berita palsu dan penyalahgunaan maklumat berkaitan pilihan raya di platform masing-masing.
Dalam satu percubaan untuk mengawal dakwaan sebegitu, Twitter mengambil langkah dengan menyembunyikan salah satu tweet daripada Trump, dengan meletakkannya di bawah label 'berkemungkinan tidak benar'. Kemudian, Facebook juga bertindak mengikut cara itu.
#pilihan raya presiden #Amerika Syarikat #presiden as #politik #media sosial #berita palsu #Donald Trump