SINGAPURA: Singapura akan beralih ke fasa seterusnya dalam Program Vaksinasi Nasional dengan memulakan program suntikan tambahan atau booster pada bulan ini untuk dua subkelompok yang dikenal pasti, menurut Kementerian Kesihatan republik itu hari ini.
Ia membabitkan kelompok terimunokompromi sederhana; dan individu yang berumur 60 tahun ke atas, serta penghuni pusat jagaan warga tua.
Kementerian dengan nasihat daripada Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 (EC19V) mengatakan pihak mereka telah mengkaji strategi untuk mencapai perlindungan terhadap COVID-19 melalui vaksinasi, terutama berdasarkan varian yang mudah berjangkit yang muncul di seluruh dunia.
"Dengan varian Delta yang lebih mudah berjangkit, tidak mungkin negara dapat mencapai perlindungan kelompok tanpa kadar vaksinasi penduduk yang sangat tinggi melebihi 90 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kementerian menambah, selain itu muncul juga data mengenai penurunan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan berdasarkan masa.
"Meskipun bukti secara global dan tempatan terus menunjukkan vaksin sangat berkesan untuk mengurangkan jangkitan teruk dan kematian, beberapa negara juga telah memutuskan untuk meneruskan dos tambahan," katanya.
Setelah mengkaji bukti yang ada, serta meneliti keselamatan dan keberkesanan dos tambahan yang telah diberikan secara global, KKM menyetujui cadangan oleh EC19V untuk memulakan program suntikan tambahan kepada kedua-dua subkelompok itu.
Kementerian mengatakan kumpulan pertama warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang telah lengkap dos kedua sekitar Mac tahun ini akan layak mendapat dos ketiga dalam bulan ini.
Pada 2 September, 80 peratus penduduk Singapura telah melengkapkan dos mereka dan 83 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
Singapura akan beralih ke fasa seterusnya dalam Program Vaksinasi Nasional dengan memulakan program suntikan tambahan atau booster pada bulan ini untuk dua subkelompok yang dikenal pasti. - Gambar fail/REUTERS
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.
RTS pacu ekonomi dan pasaran hartanah Johor
Johor menyaksikan metamorfosis, daripada negeri yang mempunyai hartanah tidak terjual tertinggi kepada kedudukan yang lebih menguntungkan.