SINGAPURA: Satu lagi kes import COVID-19 di Singapura menunjukkan keputusan positif dalam ujian awal untuk varian Omicron.
Kes itu kini semakin pulih dan dirawat di wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID), kata Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam kemas kini harian mengenai COVID-19 malam tadi.
Dilabel sebagai Kes 273611, KKM berkata kes ketiga itu ialah seorang lelaki pemastautin tetap Singapura berusia 37 tahun yang tiba di negara pulau itu dari Afrika Selatan menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ479 pada 1 Dis.
"Beliau sudah lengkap divaksin, dan mempunyai simptom tidak ketara dengan demam dan sakit tekak. Beliau juga tidak berinteraksi dengan masyarakat, dan pada masa ini tiada bukti penularan komuniti daripada kes itu," kata kenyataan itu.
Ujian COVID-19 lelaki itu sebelum berlepas dari Johannesburg pada 29 Nov adalah negatif. Setibanya di Singapura, beliau dikuarantin di kemudahan khusus Notis Duduk Rumah (SHN), dan ujian tindak balas rantai polimerase pada 1 dan 3 Dis menunjukkan keputusan negatif.
Pada 4 Dis, pesakit mengalami demam dan sakit tekak dan dihantar ke NCID, dan ujian awalnya menunjukkan positif bagi varian Omicron.
"Makmal Kesihatan Awam Nasional sedang menjalankan penjujukan genom keseluruhan untuk mengesahkan varian itu," kata kementerian itu.
KKM menyebut beliau berada dalam penerbangan yang sama dengan dua kes Omicron sebelum ini, Kes 271487 dan 271958, yang dikesan sebagai jangkitan pertama varian itu di Singapura.
Singapura pada 2 Dis melaporkan dua kes import COVID-19 yang menunjukkan keputusan positif pada ujian awal untuk varian Omicron dengan keputusan ujian pengesahan belum selesai.
Kesemua 18 penumpang lain dalam penerbangan itu telah diuji negatif untuk jangkitan COVID-19 dan dikuarantin di kemudahan SHN yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Singapura pada 2 Dis melaporkan dua kes import COVID-19 yang menunjukkan keputusan positif pada ujian awal untuk varian Omicron dengan keputusan ujian pengesahan belum selesai.- Gambar fail/REUTERS
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.
COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
COVID-19: Kes meningkat kepada 12,757 pada ME49/2023
Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19, keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
COVID-19: Kes jangkitan meningkat kepada 2,305 minggu lalu, 21 varian Omicron
Daripada jumlah itu, terdapat 20 kes Variant of Concern (VOC) dan satu kes Variant of Interest (VOI).
COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5
Qatar mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.
Saintis seru rakyat UK pakai pelitup muka ekoran varian baharu "Eris"
Saintis menggesa orang ramai di United Kingdom kembali memakai pelitup muka di tengah-tengah kebimbangan "mutasi" subvarian Omicron, "Eris" yang kini menyumbang satu daripada 10 kes di negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 April 2023.
COVID-19: Indonesia kesan tujuh kes Arcturus setakat ini
Indonesia mengesan lima kes baharu subvarian Omicron, Arcturus, menjadikan jumlah keseluruhan kepada tujuh kes setakat semalam.
Kes COVID-19 dalam negara masih terkawal - Dr Zaliha
Kes COVID-19 di dalam negara ini masih lagi terkawal meskipun berlaku sedikit peningkatan kebelakangan ini dan rakyat tidak perlu panik, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.