SINGAPURA menerima ancaman yang menyebut serangan 9/11 daripada penyokong seorang pendakwah yang dihalang memasuki negara itu.
Maklumat itu dikongsi Menteri Undang-Undang dan Dalam Negeri, K Shanmugam pada Isnin yang memaklumkan ancaman itu datang daripada penyokong pendakwah Indonesia, Abdul Somad Batubara, lapor Channel News Asia.
Bercakap kepada media pada Isnin, Shanmugam berkongsi contoh ancaman dimuat naik di Instagram, antara lainnya menggelar Singapura sebagai “negara Islamofobia”.
Selain itu, ada juga desakan mahukan pemimpin negara itu memohon maaf kepada umat Islam dan rakyat Indonesia dalam tempoh 48 jam.
BACA: Halang kemasukan Abdul Somad: Akaun media sosial pemimpin, agensi Singapura dispam
Bahkan, ada pengguna Instagram mengancam untuk mengusir Duta Singapura ke Indonesia dan menghantar tentera termasuk Barisan Pembela Islam untuk menyerang negara itu "seperti 9/11 di New York 2001" jika tuntutan mereka tidak diendahkan.
Begitupun, platform media sosial itu telah membuang status berkenaan dan menyekat akaun tersebut kerana melanggar peraturan ditetapkan.
Ketika ditanya adakah rakyat Singapura perlu bimbang dengan ancaman itu, Shanmugam berkata:
“Saya tidak akan meremehkan ancaman-ancaman itu,” katanya.
Dalam pada itu, Shanmugam juga mendedahkan, beberapa orang telah disiasat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah pengikut Abdul Somad termasuk seorang remaja berusia 17 tahun yang ditahan pada Januari 2020.
BACA: Didakwa sebagai 'pelampau', penceramah Indonesia Abdul Somad dilarang masuk Singapura
Remaja itu telah menonton ceramah Abdul Somad mengenai pengeboman berani mati di YouTube dan mula percaya bahawa jika dia berjuang untuk negara Islam dan menjadi pengebom berani mati, dia akan mati sebagai syahid.
"Jadi anda boleh lihat, dakwah Abdul Somad mempunyai kesannya di dunia sebenar," katanya.
Pada 17 Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura mengesahkan pendakwah Indonesia, Abdul Somad bersama enam rakannya telah tiba di Terminal Feri Tanah Merah Singapura dari Batam pada 16 Mei.
Sebaik tiba, Abdul Somad telah disoal dan selepas itu rombongannya tidak dibenarkan masuk ke Singapura dan dihantar pulang semula ke Batam pada hari yang sama.
Antara lain, kementerian itu mendakwa Abdul Somad dikenali sebagai "pelampau dan penyokong dasar segregasi", yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.
Agensi
Mon May 23 2022
Shanmugam juga mendedahkan beberapa orang telah disiasat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah pengikut Somad termasuk seorang remaja berusia 17 tahun yang ditahan pada Januari 2020.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Singapura terima ancaman serangan seperti 9/11 selepas larang Abdul Somad masuk
Selain itu, ada juga desakan mahukan pemimpin negara itu memohon maaf kepada umat Islam dan rakyat Indonesia dalam tempoh 48 jam.