NEW YORK: Sosialit Britain, Ghislaine Maxwell didapati bersalah pada Khamis kerana merekrut gadis untuk didera secara seksual oleh pengurus dana dan jutawan Amerika Syarikat, Jeffrey Epstein.

Maxwell yang mencecah usia 60 tahun Krismas lalu, disabitkan bersalah oleh 12 juri terhadap lima daripada enam pertuduhan termasuk pertuduhan paling serius memperdagangkan seks kanak-kanak bawah umur.

Sabitan kesalahan buat Maxwell adalah dari lima ke 40 tahun.

40 tahun adalah bagi kes pemerdagangan seks kanak-kanak bawah umur, manakala sabitan lain bermula dari tempoh lima ke 10 tahun.

Rayuan telah dikemukan oleh peguam yang mewakili Maxwell dan menyatakan bahawa Maxwell tidak bersalah.

Maxwell yang berpendidikan Oxford merupakan anak perempuan kepada taikun media Britain iaitu mendiang Robert Maxwell, dibesarkan dalam kekayaan dan mempunyai keistimewaan sebagai rakan kepada keluarga diraja Britain.

Mangsa termuda yang diperdagangkan kepada Epstein adalah berusia 14 tahun.

Epstein, 66, membunuh diri di penjara pada 2019 sementara menunggu perbicaraan kes jenayah seks.