SATU spesies orkid yang jarang ditemui malah dianggap telah pupus ditemui selepas lebih 100 tahun.

Orkid jenis pogonia berbulu kecil itu ditemui di Vermont selepas kali terakhir ia terlihat pada 1902.

Memetik laporan antarabangsa, Jabatan Ikan dan Hidupan Liar memaklumkan, usaha mencari spesies ini pernah dilakukan sebelum ini namun gagal dan ia dipercayai telah pupus di negeri tersebut.

Bagaimanapun, sekumpulan kecil tumbuhan halus itu kini ditemui dan didokumenkan di Taman Lembah Winooski, Daerah Chittenden.

Pengarah jabatan tersebut, Bob Popp dalam satu kenyataan berkata, penemuan spesies terancam ini adalah menakjubkan.

Spesis tersebut ditemui oleh gandingan bersama saintis tempatan, John Gange dan Tom Doubleday, masing-masing dari Shelburne dan Colchester.

Ketika ini pihak berkuasa tidak mendedahkan di mana lokasi sebenar spesies ini akan dilindungi.

Spesies orkid ini dikenali dengan nama saintifik sebagai Isotria medeoloides atau nama samaran "lima daun kecil".

Ia kebiasannya ditemui di sepanjang banjaran Appalachian dari Ontario ke selatan dengan tiga pusat populasi utama yang terletak di New England, Blue Ridge Mountains dan pantai Virginia.