Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar adalah antara kenamaan yang memberi penghormatan terakhir terhadap mendiang bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, anak kepada Kuan Yew mengiringi Sultan Ibrahim ke keranda di mana jasad Kuan Yew diletakkan untuk penghormatan sehingga Sabtu.

Turut hadir Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Presiden Dr Tony Tan Keng Yam dan isteri Mary Chee; Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean dan para menteri Kabinet adalah antara kenamaan lain yang kelihatan turut hadir memberi penghormatan.

Kuan Yew, perdana menteri pertama yang mentadbir Singapura selama 31 tahun meninggal dunia Isnin lepas.

GALERI FOTO PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT MENDIANG LEE KUAN YEW