SELEPAS banjir melanda beberapa kawasan di Lembah Klang dan negeri lain di Pantai Timur, bencana yang sama turut dirasai penduduk di Surabaya pada lewat petang Jumaat disebabkan hujan lebat kira-kira satu jam membuatkan beberapa kawasan ditenggelami banjir.

Tempo melaporkan, antara kawasan yang dinaiki air setinggi tayar kereta adalah kawasan tengah kota melibatkan depan Kampus B Universiti Airlangga Jalan Dharmawangsa, Jalan Karangmenjan, Jalan Kertajaya, Jalan Gubeng Kertajaya serta beberapa kawasan lain.

Hujan lebat turut menyebabkan lampu isyarat tergendala.

Kesesakan lalu lintas yang teruk berlaku di sekitar Hospital Besar Wilayah Dr Soetomo kerana tempoh lampu isyarat hijau di persimpangan Jalan Professor Moestopo hanya lebih kurang 10 saat.

Akibatnya, kenderaan dari semua arah terkunci.

Empat pegawai Jabatan Pengangkutan tidak dapat merungkai kesesakan lalu lintas kerana pengguna jalan raya saling mengheret antara satu sama lain.

Kesesakan teruk akibat gangguan lampu isyarat turut berlaku di persimpangan Manyar - Kertajaya. Penduduk masyarakat turut membantu mengawal kadar kesesakan lalu lintas dari arah kampus ITS.

Wali Kota Surabaya, Eri Cahyadi dilihat meninjau kawasan banjir di Jalan Dharmangsa dan memohon maaf kepada penduduk setempat dan berjanji akan menyelesaikan masalah yang berlaku.

Eri kemudiannya berjalan melalui lopak di sepanjang Jalan Dharmawangsa.

Bersama-sama polis trafik, beliau cuba membantu merungkai kesesakan lalu lintas di persimpangan Dharmawangsa.

Dua jentera bomba besar dibawa masuk untuk menyedut lopak. "Berhenti di sini, sedut yang ini," kata Eri kepada anggota bomba.

Di tengah-tengah banjir, Eri kelihatan sibuk memberi arahan kepada orang bawahannya melalui walkie talkie.

“Yang dari simpang Kertajaya tolong lencongkan dulu, tak boleh jalan ke sini.

"Pam rumah dan longkang malam ini tolong betulkani,” katanya lagi.