Sepucuk surat dipercayai mengandungi bahan letupan meletup di pejabat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Paris.

Memetik laporan BBC, letupan berkenaan mencederakan seorang petugas dan bangunan pejabat itu dikosongkan serta-merta.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan.