HUDDERSFIELD: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan pada Khamis kerana disyaki membunuh seorang remaja lain berusia 15 tahun di Huddersfield, England.

Remaja itu ditikam di luar sekolahnya pada petang Rabu dan dirawat di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia.

Pembunuhan itu telah menggegarkan bandar Yorkshire Barat dan murid-murid sekolah North Huddersfield Trust.

Pelajar-pelajar sekolah berkenaan dilihat meletakkan bunga di tempat kejadian.

Polis berkata, suspek ditahan sejurus sebelum jam 5 pagi pada Khamis.