BEIJING: Syarikat induk China bagi aplikasi video TikTok, ByteDance dilaporkan memberhentikan ratusan pekerja di beberapa jabatan pada penghujung tahun 2022.

Memetik laporan South China Morning Post, langkah ini sebahagian daripada langkah penjimatan syarikat.

Memetik sumber, pemberhentian pekerja telah dilaksanakan di TikTok Douyin yang menguruskan TikTok di China dengan kira-kira 600 juta pengguna harian termasuk operasi permainan dan hartanah syarikat.

Tambah laporan itu, pengurangan kakitangan mewakili peratusan kecil tenaga kerja ByteDance.

Dalam pada itu, Reuters memaklumkan tiada sebarang respon diberikan ketika diminta memberi kenyataan lanjut.

Bulan lalu, TikTok mendapat perhatian di Amerika Syarikat (AS), dengan Kongres bersedia untuk meluluskan larangan di seluruh negara untuk menggunakan aplikasi video pendek itu di alat peranti milik kerajaan kerana risiko keselamatan.

Dewan Rakyat dijangka menerima pakai undang-undang yang melarang penggunaan TikTok pada telefon profesional penjawat awam, satu langkah yang akan diikuti kira 20 negeri di seluruh AS.