DAMSYIK: Syria pada Rabu memutuskan hubungan diplomatik dengan Ukraine sebagai tindak balas kepada langkah sama yang diambil Kiev pada bulan lepas, lapor Xinhua.

Kementerian Luar Syria ketika mengumumkan perkara itu turut mendakwa Ukraine telah bersikap agresif terhadap Syria sejak 2018.

Pada 2 Jun lalu, Ukraine memutuskan hubungan dengan Syria selepas Damsyik mengiktiraf kemerdekaan wilayah Donetsk dan Luhansk.

-- BERNAMA