CHAMAN: Ratusan rakyat Afghanistan meneruskan protes pada Ahad, susulan penutupan sempadan Chaman, yang menghubungkan negara itu dan Pakistan.

Sempadan berkenaan ditutup sejak 5 Oktober lepas oleh pemerintah Taliban dan sebelum ini ia sering digunakan pelarian untuk memasuki Pakistan.

Penutupan ini tidak selari dengan ketetapan Pakistan yang bersikap terbuka untuk menjaga hubungan bilateral bersama Taliban.

Menteri Luar Pakistan dalam masa sama turut mengumumkan bantuan kemanusiaan bernilai 5 bilion rupee atau AS$280 juta buat Afghanistan.

Selain itu, pihaknya masih mencuba untuk meneruskan perkhidmatan penerbangan ke Kabul selepas ia dihentikan sejak Taliban ambil alih Afghanistan.