Tanah runtuh di Brazil ragut lebih 130 nyawa, lebih 200 masih hilang

Astro Awani
Februari 19, 2022 07:07 MYT
Usaha mencari dan menyelamat penduduk yang terperangkap dalam runtuhan tanah di Petropolis diteruskan pihak berkuasa Brazil. - Reuters
PETROPOLIS: Usaha mencari dan menyelamat penduduk yang terperangkap dalam kejadian runtuhan tanah di Petropolis diteruskan pihak berkuasa Brazil.
Angka korban setakat ini adalah lebih 136 orang, manakala 200 lagi masih hilang.
Pasukan menyelamat menumpukan operasi pengalihan serpihan runtuhan dan pencarian mangsa-mangsa yang tertimbus dalam kejadian.
Pembangunan yang pesat, perancangan bandar yang lemah, kekurangan kewangan untuk subsidi rumah dikatakan antara punca kejadian runtuhan rumah dan harta benda awam berkenaan.
Sehingga kini, lebih 1,500 penduduk menjadi korban dalam beberapa kejadian runtuhan tanah di kawasan pergunungan berhampiran Serra do Mar dalam tempoh puluhan tahun lalu.
Kejadian runtuhan seumpama itu pernah berlaku di bandar sama pada 1981 yang mengorbankan lebih 400 nyawa.
#tanah runtuh #Brazil #Petropolis #mangsa