Taufan Bavi: Ratusan penerbangan dari Korea Selatan dibatalkan

Agensi
Ogos 26, 2020 13:59 MYT
Dengan kelajuan angin maksimum 162 kilometer sejam, Taufan Bavi sudah mula melanda pulau peranginan di Jeju pada Rabu petang. - Foto AP
Ratusan penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Korea Selatan terpaksa dibatalkan susulan Taufan Bavi yang melanda negara itu pada Rabu.
Malah, taufan tersebut dilaporkan paling kuat melanda pada tahun ini.
Lebih dari 330 penerbangan domestik masuk dan keluar dari Jeju dibatalkan.
Dengan kelajuan angin maksimum 162 kilometer sejam, Taufan Bavi sudah mula melanda pulau peranginan di Jeju pada Rabu petang.
Ia turut menyebabkan pokok tumbang, papan tanda rosak dan menghancurkan infrastruktur di jalan raya.
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada laporan mengenai kecederaan atau kematian.
Agensi cuaca memaklumkan taufan itu akan berterusan sehingga Khamis.
Agensi tersebut turut memberi amaran kemungkinan berlakunya kerosakan teruk akibat angin kencang dan hujan lebat.
#dibatalkan #Korea Selatan #penerbangan #taufan #Taufan Bavi