HOUSTON: Taufan Ian membadai Pantai Teluk Florida pada Rabu dengan kelajuan angin 241 kilometer sejam (km/j), hingga mengakibatkan banjir dan kemusnahan, lapor Agensi Anadolu.
Ian mendarat di Pulau Cayo Costa pada petang Rabu dan dikategori sebagai taufan Kategori Empat, walaupun tahap taufan itu sudah diturunkan kepada Kategori Tiga namun kelajuan angin masih mencecah sehingga 185 km/j.
Pusat Taufan Kebangsaan turut mengeluarkan amaran angin kencang yang boleh "mengancam nyawa".
Sekitar 1.9 juta penduduk dilaporkan terputus bekalan elektrik dan dijangka bakal mencetuskan lebih banyak malapetaka apabila taufan itu bergerak ke timur laut dengan kelajuan angin 12.8 km/j.
Ian mencetuskan angin dan hujan lebat yang diramalkan bergerak merentasi tengah Florida serta mengakibatkan lebih banyak kerosakan, menurut Pusat Taufan Kebangsaan.
"Banjir besar yang mengancam nyawa di bandar dan sepanjang sungai, dijangka merentasi tengah Florida," menurut pusat itu.
Amaran taufan turut dikeluarkan di Orlando yang kini mengalami angin kencang dan hujan setakat malam Rabu, manakala Ian dijangka membadai kawasan itu pada awal pagi Khamis.
Pakar meteorologi meramalkan curahan hujan antara 10 hingga 15 inci di Orlando serta ancaman banjir besar dan bencana.
Carolina Utara dan Virginia mengisytiharkan darurat sebagai langkah persediaan kerana dijangka hujan lebat, banjir dan kemungkinan puting beliung akan menyebabkan banyak kerosakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022
Taufan Ian membadai Pantai Teluk Florida dengan kelajuan angin 241km/j hingga mengakibatkan banjir dan kemusnahan. -Reuters
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Idalia dijangka melanda Florida
Pada isnin, Taufan Idalia berada kira-kira 60 kilometer dari hujung barat Cuba dengan kelajuan angin 110 kilomter per jam.
Taufan Ian: Angka korban cecah 83 orang
Ratusan ribu penduduk pula kini sedang berdepan terputus bekalan elektrik selepas taufan berkenaan.
Taufan Ian dengan kelajuan angin cecah 185 km/j badai Florida
Pusat Taufan Kebangsaan turut mengeluarkan amaran angin kencang yang boleh "mengancam nyawa".
Taufan Ian membadai Tonga
Taufan Ian yang membadai Tonga pada Sabtu memusnahkan kawasan perkampungan, tumbuh-tumbuhan serta meragut satu nyawa.