Taufan Rammasun yang melanda sebahagian besar Filipina telah menyebabkan sekurang-kurangnya empat nyawa terkorban manakala ratusan ribu yang lain ditempatkan di pusat pemindahan, lapor pihak berkuasa hari ini.

Angin kencang sehingga 250 kilometer sejam menyebabkan keadaan menjadi huru-hara sekitar bandar Manila selepas Rammasun menyerang dari lautan Pasifik pada malam Selasa.

Seorang wanita dari Pulau Samar meninggal dunia selepas dihempap tiang elektrik dalam kejadian taufan itu, lapor Jurucakap majlis pengurusan bencana, Mina Marasigan kepada AFP.

Tiga nelayan di timur Filipina juga dilaporkan hilang.

Taufan Rammasun masih melanda negara Filipina lagi dan banyak kawasan dilapprkan terputus bekalan elektrik.

Jumlah kerugian dan anggaran kematian adalah sukar dikenalpasti setakat ini.

Keseluruhan, kira-kira 450,000 orang telah melarikan diri dan berlindung di pusat-pusat pemindahan, Menteri Kebajikan Masyarakat Corazon Soliman berkata pada malam Selasa, jumlah itu dijangka akan meningkat pada hari Rabu.

Menurut Jabatan Kaji Cuaca tempatan, Rammasun atau dikenali sebagai ‘Tuhan Kilat’ di Thailand diunjurkan dari Laut China Selatan dan menghala ke Selatan China.

Negara Filipina dilanda 20 ribut utama setahun dan mengorbankan ramai rakyatnya.

Kepulauan Asia Tenggara itu sering menjadi sasaran utama taufan yang berasan dari Lautan Pasifik.

Rammasun adalah taufan yang pertama yang melanda Filipina tahun ini bermula Jun.